TRONOH: Sepasang warga emas terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka dengan menumpang tinggal di ruang dapur dan tandas di belakang bangunan serba guna di Pekan Tronoh di sini, berikutan masalah kemiskinan, sejak 14 tahun lalu.
Malah, penderitaan pasangan berkenaan, P Manikam, 69, dan isteri, S Thavamonei, 64, lebih menyedihkan apabila Manikam kehilangan upaya kerana kaki kirinya dipotong serta penglihatannya kabur disebabkan penyakit diabetis yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.
Manikam berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain sehingga terpaksa menggunakan tandas dan ruang dapur usang bangunan serba guna sebagai kediamannya.
"Segala makan dan minum serta penjagaan diri diuruskan isteri. Kami tidak mampu tinggal sebilik kerana ruang sempit dan isteri saya terpaksa tidur berasingan di ruang dapur lama," katanya ketika ditemui, kelmarin.
Source Berita Harian 12th January 2009
No comments:
Post a Comment