Friday, October 31, 2008

Harga petrol turun lagi 15 sen


31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.

- Utusan


Tuesday, October 28, 2008

Tony dan Idris dalam tenis CEO & celebrity?






Pergh!! ini lagi satu!!. mampukah mereka berkerjasama? Satu2nya yang kita nanti2kan! harap2 Idris setuju.. HOHOHO

Monday, October 27, 2008



Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama Datuk Seri S. Samy Vellu dan pemimpin parti komponen BN lain memotong kek sewaktu menghadiri Rumah Terbuka MIC sempena perayaan Hari Deepavali di Dewan Merdeka PWTC semalam


HOHOHO.. Apa kata ekstrimist? Diorang kata tak le sambut deepavali bersama2.. Kita duk kat malaysia wei.. Bukak SIKIT pemikiran.. Bukan pi sembab berhala dan makan babi pun.. Enjoy makanan je.. KOLOT betol pemikiran yang tak geti nak hormat jiran.. Patut la Hindraf tak habis2 hantar memorandum..

Happy deepavali to all who are celebrating!

Sunday, October 19, 2008

Ong Tee Keat dgn Chua soi Lek???????????


Ong Tee Keat (kiri) dan Chua Soi Lek meraikan kemenangan masing-masing selepas pengumuman keputusan pemilihan jawatan tertinggi MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur malam tadi. - Gambar AHMAD ZAKKI JILAN



Mampukah Ong tee Keat Bersama2 dgn Chua sOi Lek?? Selepas byk kali memburukkan CHUA SOI LEK. Moral moral gak.. keje chua soi lek bermutu dan tak ternilai kalau nak dibandingkan dengan MORALITY peribadi beliau.. KAHKAHKAH.. Pasni Chua soi lek jd menteri kesihatan Balik la... Oh alumni ku.. gambar kau masih lagi ada kat fakulti perubatan UM tu.. ala... gambar mude2 dulu waktu ensem2 tu...

Friday, October 17, 2008

Tak geti hormat raja-raja melayu betol


Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang ke 215 - lihat sahaja lim guan eng yang EGO nak mampos tu tak pakai songkok.. Giler berbangga beliau kat blakang tu..

bak kata Sultan Johor. Tunjuk Jaguh