Monday, August 24, 2009

Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir

Ye rakan2 seperjuangan, rakan pemerhati dan rakan dari pembangkang. Besok adalah hari penentu bagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Pilihanraya kecil yang jatuh dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Saya faham perasaan rakyat, biar daripada bangsa Melayu ataupun daripada bangsa2 lain. Saya tahu juga bahawa ramai daripada kita sedang melihat dengan teliti komen2 daripada YAB Perdana Menteri, dan cara dia atasi masalah yang timbul sejak tahun 1998 sampai ke hari ini di Peramatang Pasir. YAB PM bukan bodoh, dan dia mempunyai sifat penuh kesabaran. Kenapa ramai drpd Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak boleh melihat kesungguhan PM kita ni, utk menyatukan bangsa Melayu, dan akhirnya menyatukan negara? Kalau bangsa Melayu tidak bersatu, macam mana negara kita nak bersatu ? Saya pun tak faham. Kenapa kita kena lawan sesama sendiri sampai mencaci dan menghina sesama sendiri, menfitnah dan bergaduh dalam bulan yang muila ini. Adakah apa yang kita buat akan bawa pahala dalam bulan ini, atau bawa kita lagi dekat kepada pintu neraka kelak ?

Kita adalah masa hadapan negara, generasi muda yang penuh keinginan utk Malaysia berada di tahap maju menjelang 2020. Ia, itu impian Tun M, tetapi impian itu memang cukup baik utk kita semua. Insyallah kita dapat mencapai nya bersama.

Saya harap, yang akan mengundi di Permatang Pasir besok, fikir baik2. Sekarang Malaysia sedang ditadbir oleh seorang Pemimpin yang memang boleh menyatukan negara. Itu lah sebab utama pembangkang hari2 nak kena kan dia. Kerana mereka semua takut YAB PM akan menyatukan negara, dan pembangkang akan kehilangan semua yang mereka ada sekarang, kerana dendam dan tamak nak kuasa Ketua Pembangkang.

Saya tidak boleh paksa anda, tetapi saya sudah sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah satu2nya parti yang boleh menyelamatkan negara dalam masa yang begitu tidak terjamin ini. Insyallah anda sebagai pengundi akan faham erti kata itu, dan doa sebelum mengundi, supaya negara selalu dijaga daripada kekecohan dan ketidakstabilan pada masa depan. Insyallah doa anda akan didengar ALLAH SWT, dan undi anda bawa kepada stabilan negara.

Wednesday, July 1, 2009

DAP Keluar PR Kedah Satu Strategi Politik Untuk Manik Urai

Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah keluar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merupakan satu sandiwara politik menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai, Kelantan minggu depan.

Sandiwara ini dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan kepada pengundi Melayu di Manik Urai bahawa Pas tetap mempertahankan prisnsip dan perjuangan Islamnya biar pun DAP tidak suka.

Malaysiakini melaporkan bahawa DAP Kedah mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sandiwara pergaduhan Pas - DAP atas isu pusat penyembelihan babi ini merupakan strategi politik untuk meningkatkan imej Pas di kalangan pengundi manik urai yang 99% merupakan orang Melayu.

DAP keluar kerajaan Kedah tidak memberi kesan apa-apa kerana DAP hanya ada satu kerusi sahaja. Kita akan lihat jika benar ini bukan sandiwara maka esok tentulah 8 wakil rakyat Pas Selangor akan isytihar keluar kerajaan negeri Selangor. Beranikah mereka? Tentulah tidak terjadi kerana ini semua hanyalah sandiwara.

Pas menghadapi masalah imej yang teruk di kalangan orang Melayu berikutan ia dilihat tunduk kepada DAP dan PKR dalam banyak hal sehingga parti tersebut dilihat menyebabkan kedudukan orang melayu dan Islam semakin lemah.

Menurut laporan, kajian awal Pakatan pembangkang di DUN Manik Urai, orang Melayu di kawasan tersebut merasa ragu dan sebahagiannya telah termakan dakwaan bahawa Pas menjual kepentingan agama dan bangsa demi kuasa.

Tambahan pula melihat pola kecenderungan pengundi Melayu di Bukit Gantang yang beralih daripada Pas memberi isyarat penting bahawa Pas semakin kehilangan sokongan Melayu yang tidak berparti.

Disebabkan keadaan ini, Anwar terpaksa mencipta sandiwara baru bagi mengukuhkan imej Pas menjelang pilihan raya kecil ini.

Apakah UMNO dan orang Melayu akan sekali lagi tertipu dengan permainan politik Anwar dan menari mengikut rentak yang beliau mainkan?

Kita jangan lupa bahawa setiap kali pilihan raya kecil Pakatan akan cuba mencipta isu-isu yang boleh memerangkap BN seperti mana isu kuota Bumiputera di UITM semasa pilihan raya Permatang Pauh dahulu.

Monday, June 29, 2009

Lee Kuan Yew

Pelik dan hairan bagaimana sesetengah rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang berfahaman sempit atau mempunyai yang mempunyai niat tertentu mengagung-agungkan LKY. Kononnya fahaman politiknya adalah adil untuk semua bangsa. Malah ini turut dilaungkan oleh sebuah parti serpihan PAP dan sebuah parti yang kononnya menegakkan keadilan .
Namun adakah masyarakat Melayu Malaysia secara amnya mengetahui natijah apabila parti PAP memerintah Singapura selepas keluar dari Persekutuan Malaya pada tahun 1965 (baca sejarah yang sebenar bukan dari blog). Sekiranya bangsa Melayu di Malaysia tidak sedar dan terus termakan dengan omong-omong kosong parti-parti tersebut kelak kita akan menjadi melukut di tepi gantang, menang sorak kampung tergadai. Sehingga nak pegang senjata mungkin tidak dibenarkan kelak nanti.
Sekiranya mereka menang PRU13 mungkin senarionya sebegini : -1. Siperderhaka itu menjadi PM(cita-cita yang tak kesampaian)2. Akta-akta berkenaan hak Melayu dan kaum bumiputera akan dipinda3. Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Agung akan menjadi lipatan sejarah atau semua hak keistimewaan dilucutkan4. Presiden akan dilantik dan mungkin Si Perderhaka itu akan presiden yang pertama dan preseiden yang seterusnya mungkin datang dari bangsa lain.....dan senario (kenyataan dan hakikat) seterusnya boleh dilihat melalui jiran kita di selatan.
Maka adakah kita mahu menjadi seperti jiran kita, itu terpulang kepada pembaca-pembaca yang membaca komen saya ni yang tak seberapa.
Yang penting kita perlu tahu apa yang nenek moyang kita perjuangkan selama ini adalah bukan untuk diri mereka tetapi adalah untuk kita pada masa sekarang sehingga ke anak,cucu dan cicit mereka selagi bangsa melayu masih wujud di Malaysia sebagai majoriti, insyallah. Kita perlu tahu kita hanya manusia, tidak sunyi dari membuat kesilapan.
Wallahualam

Sunday, June 28, 2009

apa ada nama pada AZIZ bin MAT

Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manik Urai
28/06/2009 5:40pm
KUALA KRAI 28 Jun - Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.
— BERNAMA
Tgk saja nama Nik Aziz Nik Mat dengan nama yang bertanding Tuan Aziz Tuan Mat.. hahaha

Thursday, June 18, 2009

Nasihat Nik Aziz: ''Tumpahkan Darah Saudara SeIslam''!

Perkembangan Pilihanraya Manek Urai di Kelantan bakal mencetus "pertumpahan darah". Begitulah "fatwa" terbaru dari Nik Aziz, mursyidul am PAS yang dikatakan "maksum". Nik Aziz dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"! "Gedebe" nampaknya MB Kelantan ini, amat bersesuaian dengan dakwaannya bahawa Allah itu juga bersifat "Al-Gedebe". Begitulah "fatwa" terbaru versi "Islam Nik Aziz".

Jelaslah Nik Aziz cuba menerapkan nilai "jihad" di dalam hati sanubari PAS dalam usaha "perang"nya kepada UMNO. Mungkin bagi Nik Aziz, UMNO adalah sebuah bangsa "kafir" yang harus diperangi sebagaimana di zaman kegemilangan Islam ketika perang Salib dahulu. UMNO baginya harus ditentang walaupun sehingga ke titik darah yang penghabisan. "Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya. Mungkin pada masa akan datang, Nik Aziz akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad"! Begitulah bencinya Nik Aziz kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Astaghfirullahil 'Azim. Begitu sekali tanggapan Nik Aziz kepada UMNO dan ahlinya. Sedarkah Nik Aziz ketika membuat kenyataan tersebut? Atau beliau sedang "mamai" baru bangun tidur? Waraskah Nik Aziz? Tidakkah Nik Aziz lihat dan sedar bahawa UMNO sudah, sedang dan akan terus memperjuangkan nasib Islam, bangsa dan negara ini? Apakah Nik Aziz sudah "buta hati"nya untuk melihat pembangunan dan dasar-dasar Islam yang diterapkan di Malaysia, hasil perjuangan UMNO. Apakah di Singapura wujud Majlis Agama Islam, Perkim, Tabung Haji dan sebagainya, sebagaimana wujudnya semua itu di Malaysia sehinggakan Nik Aziz menghukum bahawa Singapura itu lebih "Islamic" berbanding Malaysia? Nik Aziz, apakah tuan sudah di"buta"kan Allah tanpa hidayah dariNya?

Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dirinya kini sedang berkawan dengan "syaitan"? Syaitan yang difirmankan Allah sebagai ""aduwwun mubinnn"! Apakah Nik Aziz telah terpesong akibat hasutan "syaitan-syaitan" yang mengelilinginya sehingga mahu menumpahkan darah saudara seIslam sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam? Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US? Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka? Saya sedar bahawa tuan Nik Aziz berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu tuan selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai "tuan guru"!

Berbaloikah Nik Aziz menganjurkan permusuhan sesama umat Islam di Malaysia ini demi kepentingan politiknya? Hj. Hadi dimarahnya dengan "nasihat" hanya semata-mata memberi idea untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang terpisah akibat fahaman politik. Kononnya, Hadi hanyalah Presiden kepada sebuah parti politik dan tidak terkecuali dari silap dan salah dosa. Bagaimana pula dengan Nik Aziz sendiri? Takkanlah semata-mata bergelar "mursyidul am" PAS, maka dirinya kebal dari membuat keputusan yang silap dan salah? "Maksum"kah Nik Aziz? Jangan pula nanti mendakwa bahawa dirinya adalah seorang "Rasul" pula!

Saya melihat bahawa "nasihat" Nik Aziz ini tidak lebih dari usaha untuk memecah belahkan sesama umat Islam di Malaysia. "Nasihat" ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Mungkin inilah hasilnya bila berkawan dengan "syaitan". Tidak kiralah sama ada "syaitan iblis laknatullah" atau "syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia". Kami warga UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS!

Fahamilah wahai Nik Aziz dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!

Wednesday, June 17, 2009

Anwar, Chin Peng dan Isreal tiada bezanya

Pengkianat bangsa! Itulah yang boleh dikatakan apabila mendefinisikan Anwar Ibrahim, De Facto "Perosak Rakyat" atau lebih dikenali sebagai PR. Lihatlah betapa Anwar itu tidak prihatin kepada rakyat Malaysia, dibenarkan Chin Peng seorang penjenayah perang itu kembali ke Tanah Malaysia.

Tidakkah Anwar sedar bahawa berapa ribu nyawa yang melayang dibawah "tangan" Chin Peng? Sedarkah Anwar berapa ribu keluarga yang terpaksa hidup susah yatim piatu gara-gara pengkhianat seperti Chin Peng? Itu belum lagi dikira beribu perajurit yang cacat kekal akibat huru hara Chin Peng ini!

Penkhianat akan berpihak kepada pengkhianat. Sehati sejiwa. Chin Peng khianat dengan caranya yang ganas didalam hutan, Anwar juga khianat dengan cara "ganas"nya yang tersendiri. Ini pernah diakui oleh Mat Sabu sendiri. Dari bab kronisme, nepotisme, korupsi dan sodomisme, sehinggalah kepada proksi yahudi, sokongan kepada huru hara demonstrasi dan seorang perosak minda rakyat, itulah Anwar.

Chin Peng boleh dikategorikan sebagai penjenayah perang. Namanya sebaris dengan Slodovan Karadzic, Stalin dan Ariel Sharon. Bagaimana hendak dimaafkan individu seperti ini yang bertindak secara tidak bertamadun kepada manusia. Anwar menggunakan sentimen China yang di"maaf"kan dunia. Sememangnya China dimaafkan kerana yang melakukan "dosa-dosa silam" itu adalah generasi sebelum-sebelumnya. Manakala Chin Peng masih hidup dan sesungguhnya dialah punca yang melakukan segala kerosakan di zaman komunis dahulu.

Barangkali Arwah Hj. Ibrahim, ayah kepada Anwar tidak dipotong kaki atau tangannya oleh Komunis Chin Peng dahulu. Atau mungkin ayah dan ibunya dahulu tidak dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup oleh komrad-komrad Chin Peng, sebab itulah Anwar bisa memaafkan Chin Peng. Andai kata ayah atau ibunya dicacatkan atau dibunuh oleh Chin Peng, mungkinkah Anwar memaafkannya? Jikalah begitu, rasanya Chin Peng sudah lama mati di Siam, mati ditangan agen Mossad arahan "Anvar Abrahem"!

Memaafkan Chin Peng adalah sama dengan memaafkan Isreal yahudi laknatullahi alaihim. Tiada bezanya kekejaman Chin Peng dan Israel. Kedua-duanya pembunuh dan penceroboh agama, bangsa dan negara. Bezanya hanyalah tempat yang berlainan! Perlakuan kejahatannya tetap sama. Sudikah anda semua memaafkan Israel begitu sahaja?

Itulah "dasar" yang bakal dibawa oleh Anwar jika dia memerintah Malaysia. Habis ditolaknya sensitiviti agama, bangsa dan negara, demi nafsu serakah peribadinya yang gilakan kuasa. Kuasa memerintah sebagai Perdana Menteri. Anwar akan terus merosakkan Malaysia demi kepentingan peribadinya seumur hidup. Kecualilah Allah memberikan hidayah kepadanya. Semoga "hidayah" Allah itu akan diberikan terlebih dahulu kepada penyokong-penyokong tegarnya.

"Celiklah" anda-anda semua sebelum anda semua "dijual" oleh pengkhianat bangsa yang bernama Anwar Ibrahim ini! InsyaAllah.