Saturday, February 28, 2009

PPIM bantah syor DAP


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar gesaan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng supaya kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa dalam urusan pentadbiran negara.

Pengarah Projeknya, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, alasan yang diberikan Ahli Parlimen itu mengenai berlakunya masalah pemahaman bahasa Melayu jelas tidak berasas.

Tegas beliau, pihak-pihak tertentu perlu mahir dan menguasai bahasa kebangsaan itu kerana mereka adalah rakyat negara ini.

"PPIM berharap tidak ada pihak cuba menimbulkan isu tidak rasional seperti ini.

"Rakyat Malaysia bebas mengamalkan dan mempelajari pelbagai bahasa, tetapi hak dan kedaulatan bahasa Melayu perlu dipertahankan serta tidak boleh dipertikaikan seperti dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

PPIM turut mengingatkan mereka yang mempunyai pendapat bersifat minoriti agar tidak mengganggu keseimbangan dan keharmonian dengan kenyataan berbentuk provokasi.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan DAP itu juga dikesali khususnya dalam usaha negara untuk mengukuhkan keharmonian antara kaum.


Apa yang dilakukan pemimpin DAP ini jelas sengaja menghasut dan menyentuh isu sensitif yang tidak harus ditimbulkan sama sekali

Friday, February 27, 2009

Kabinet batal kenaikan tol di lima lebuh raya

Kabinet batal kenaikan tol di lima lebuh raya


27/02/2009 4:30pm

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. – Utusan


Satu lagi taktik kerajaan.. Selalunah umum bende yang tak patut pastu batal. Igt, satu dua, rakyat boleh terima. tapi kalau 3 4 kali, rakyat da bosan.

Wednesday, February 25, 2009

Kadar Tol Naik di 5 tempat




Kadar Tol di 5 lebuh raya dinaikkan bermula 1 mac
Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Lebuh raya Sistem penyuraian trafik KL barat (SPRINT)
Lebuh raya bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuh raya sungai Besi (BESRAYA)
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)

Patut la MD ZIn Hapuskan 2 Tol baru2 ni sebab tak lama lagi Tol Naik
Patut la PLUS bagi diskaun 10% selepas jam 12 malam sebab dienye kadar tol akan naik
Sia-sia sokong BN.. SUma naik.. Aku nak balik kampung naik harga jawabnye

p/s
Dikatakan, perjanjian konsesi, tol sepatutnya naik pada tahun lepas. tetapi mungkin sebab nak pilihanraya time tu, tu yang tangguh selama setahun...

p/s/s

Berita terbaru.

Kabinet kaji semula kenaikan tol esok: PM

Kabinet yang bermesyuarat esok akan mengkaji semula kenaikan kadar tol lima lebuh raya pada 1 Mac yang diumum hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Monday, February 23, 2009

Guan Eng mengaku gagal tangani kemiskinan tegar

Pakatan Rakyat Pulau Pinang beri alasan sukar buka akaun amanah




BUTTERWORTH: Kurang sebulan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan ulang tahun pertamanya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terpaksa mengakui gagal menunaikan janji menghapuskan miskin tegar di negeri ini.

Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, kerajaan negeri sering meuar-uarkan mampu membasmi kemiskinan tegar dalam tempoh setahun.


Bagaimanapun, hanya tinggal kurang tiga minggu lagi, Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri gagal menunaikan janji berikutan masalah kesukaran membuka akaun amanah.

Beliau tidak menjelaskan dengan lanjut masalah teknikal membuka akaun berkenaan, sebaliknya menyatakan terpaksa melalui prosedur yang panjang.

"Kita menghadapi kesukaran membuka akaun amanah. Akaun ini akan digunakan untuk memasukkan dana yang disumbangkan penderma supaya turut mendapat faedah," katanya selepas merasmikan klinik kesihatan percuma sempena kempen kesihatan di Padang Lucky Garden, di sini semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tetap menaruh harapan kerajaan negeri mampu membasmi kemiskinan tegar pada hujung tahun ini jika akaun amanah berjaya dibuka Mac ini.

"Walaupun ada halangan melaksanakan hasrat dalam tempoh ditetapkan, usaha itu tidak akan terhenti, malah akan terus menjayakannya," katanya.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap akan mencari penyelesaian terhadap masalah sepanjang program membasmi kemiskinan tegar dan memastikan ia menjadi kenyataan.

"Kami tetap berusaha menjayakan hasrat menjadikan Pulau Pinang negeri pertama berjaya menghapuskan miskin tegar," katanya.

Friday, February 13, 2009

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009