Ye rakan2 seperjuangan, rakan pemerhati dan rakan dari pembangkang. Besok adalah hari penentu bagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Pilihanraya kecil yang jatuh dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Saya faham perasaan rakyat, biar daripada bangsa Melayu ataupun daripada bangsa2 lain. Saya tahu juga bahawa ramai daripada kita sedang melihat dengan teliti komen2 daripada YAB Perdana Menteri, dan cara dia atasi masalah yang timbul sejak tahun 1998 sampai ke hari ini di Peramatang Pasir. YAB PM bukan bodoh, dan dia mempunyai sifat penuh kesabaran. Kenapa ramai drpd Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak boleh melihat kesungguhan PM kita ni, utk menyatukan bangsa Melayu, dan akhirnya menyatukan negara? Kalau bangsa Melayu tidak bersatu, macam mana negara kita nak bersatu ? Saya pun tak faham. Kenapa kita kena lawan sesama sendiri sampai mencaci dan menghina sesama sendiri, menfitnah dan bergaduh dalam bulan yang muila ini. Adakah apa yang kita buat akan bawa pahala dalam bulan ini, atau bawa kita lagi dekat kepada pintu neraka kelak ?
Kita adalah masa hadapan negara, generasi muda yang penuh keinginan utk Malaysia berada di tahap maju menjelang 2020. Ia, itu impian Tun M, tetapi impian itu memang cukup baik utk kita semua. Insyallah kita dapat mencapai nya bersama.
Saya harap, yang akan mengundi di Permatang Pasir besok, fikir baik2. Sekarang Malaysia sedang ditadbir oleh seorang Pemimpin yang memang boleh menyatukan negara. Itu lah sebab utama pembangkang hari2 nak kena kan dia. Kerana mereka semua takut YAB PM akan menyatukan negara, dan pembangkang akan kehilangan semua yang mereka ada sekarang, kerana dendam dan tamak nak kuasa Ketua Pembangkang.
Saya tidak boleh paksa anda, tetapi saya sudah sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah satu2nya parti yang boleh menyelamatkan negara dalam masa yang begitu tidak terjamin ini. Insyallah anda sebagai pengundi akan faham erti kata itu, dan doa sebelum mengundi, supaya negara selalu dijaga daripada kekecohan dan ketidakstabilan pada masa depan. Insyallah doa anda akan didengar ALLAH SWT, dan undi anda bawa kepada stabilan negara.
Tol percuma pada 23-24 Disember 2024 sempena Krismas, kecuali di plaza tol
BSI dan Tanjung Kupang
-
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan
pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian)
sa...
12 hours ago
No comments:
Post a Comment