Wednesday, July 1, 2009

DAP Keluar PR Kedah Satu Strategi Politik Untuk Manik Urai


Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah keluar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merupakan satu sandiwara politik menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai, Kelantan minggu depan.

Sandiwara ini dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan kepada pengundi Melayu di Manik Urai bahawa Pas tetap mempertahankan prisnsip dan perjuangan Islamnya biar pun DAP tidak suka.

Malaysiakini melaporkan bahawa DAP Kedah mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sandiwara pergaduhan Pas - DAP atas isu pusat penyembelihan babi ini merupakan strategi politik untuk meningkatkan imej Pas di kalangan pengundi manik urai yang 99% merupakan orang Melayu.

DAP keluar kerajaan Kedah tidak memberi kesan apa-apa kerana DAP hanya ada satu kerusi sahaja. Kita akan lihat jika benar ini bukan sandiwara maka esok tentulah 8 wakil rakyat Pas Selangor akan isytihar keluar kerajaan negeri Selangor. Beranikah mereka? Tentulah tidak terjadi kerana ini semua hanyalah sandiwara.

Pas menghadapi masalah imej yang teruk di kalangan orang Melayu berikutan ia dilihat tunduk kepada DAP dan PKR dalam banyak hal sehingga parti tersebut dilihat menyebabkan kedudukan orang melayu dan Islam semakin lemah.

Menurut laporan, kajian awal Pakatan pembangkang di DUN Manik Urai, orang Melayu di kawasan tersebut merasa ragu dan sebahagiannya telah termakan dakwaan bahawa Pas menjual kepentingan agama dan bangsa demi kuasa.

Tambahan pula melihat pola kecenderungan pengundi Melayu di Bukit Gantang yang beralih daripada Pas memberi isyarat penting bahawa Pas semakin kehilangan sokongan Melayu yang tidak berparti.

Disebabkan keadaan ini, Anwar terpaksa mencipta sandiwara baru bagi mengukuhkan imej Pas menjelang pilihan raya kecil ini.

Apakah UMNO dan orang Melayu akan sekali lagi tertipu dengan permainan politik Anwar dan menari mengikut rentak yang beliau mainkan?

Kita jangan lupa bahawa setiap kali pilihan raya kecil Pakatan akan cuba mencipta isu-isu yang boleh memerangkap BN seperti mana isu kuota Bumiputera di UITM semasa pilihan raya Permatang Pauh dahulu.

No comments:

Post a Comment