Monday, June 29, 2009

Lee Kuan Yew

Pelik dan hairan bagaimana sesetengah rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang berfahaman sempit atau mempunyai yang mempunyai niat tertentu mengagung-agungkan LKY. Kononnya fahaman politiknya adalah adil untuk semua bangsa. Malah ini turut dilaungkan oleh sebuah parti serpihan PAP dan sebuah parti yang kononnya menegakkan keadilan .
Namun adakah masyarakat Melayu Malaysia secara amnya mengetahui natijah apabila parti PAP memerintah Singapura selepas keluar dari Persekutuan Malaya pada tahun 1965 (baca sejarah yang sebenar bukan dari blog). Sekiranya bangsa Melayu di Malaysia tidak sedar dan terus termakan dengan omong-omong kosong parti-parti tersebut kelak kita akan menjadi melukut di tepi gantang, menang sorak kampung tergadai. Sehingga nak pegang senjata mungkin tidak dibenarkan kelak nanti.
Sekiranya mereka menang PRU13 mungkin senarionya sebegini : -1. Siperderhaka itu menjadi PM(cita-cita yang tak kesampaian)2. Akta-akta berkenaan hak Melayu dan kaum bumiputera akan dipinda3. Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Agung akan menjadi lipatan sejarah atau semua hak keistimewaan dilucutkan4. Presiden akan dilantik dan mungkin Si Perderhaka itu akan presiden yang pertama dan preseiden yang seterusnya mungkin datang dari bangsa lain.....dan senario (kenyataan dan hakikat) seterusnya boleh dilihat melalui jiran kita di selatan.
Maka adakah kita mahu menjadi seperti jiran kita, itu terpulang kepada pembaca-pembaca yang membaca komen saya ni yang tak seberapa.
Yang penting kita perlu tahu apa yang nenek moyang kita perjuangkan selama ini adalah bukan untuk diri mereka tetapi adalah untuk kita pada masa sekarang sehingga ke anak,cucu dan cicit mereka selagi bangsa melayu masih wujud di Malaysia sebagai majoriti, insyallah. Kita perlu tahu kita hanya manusia, tidak sunyi dari membuat kesilapan.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment