KUALA LUMPUR 14 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim rela melihat keharmonian negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum tergugat apabila mencadangkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) berkata, Anwar tidak peka dengan sensitiviti rakyat yang telah menentang kepulangan Chin Peng.
"Malah Puteri juga percaya individu yang pernah menjadi pemimpin nombor dua negara itu tidak bersimpati dengan penderitaan mangsa kekejaman PKM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Puteri UMNO kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan alasan hubungan Malaysia dan China yang semakin baik sebagai cara untuk menghalalkan Chin Peng pulang.
Jelasnya, alasan Anwar itu bukanlah sesuatu yang bijak ekoran Chin Peng sendiri tidak pernah meminta maaf atas segala kekejaman yang dilakukan termasuk ideologi ganas yang diterapkan dalam negara.
"Puteri UMNO yakin Anwar cuba menjuarai isu serta tuntutan yang dibuat oleh Chin Peng tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat terutama mangsa-mangsa kekejaman PKM," ujarnya.
Mengulas lanjut, Rosnah memberitahu, Pergerakan Puteri pelik mengapa pemimpin pakatan pembangkang beria-ia mahukan Chin Peng kembali ke tanah air.
Sedangkan, katanya, banyak lagi isu yang sepatutnya diperjuangkan terutama yang menyentuh nasib bekas tentera yang pernah menjadi mangsa PKM.
"Pelbagai pihak terutama bekas tentera dan orang awam yang menjadi mangsa telah tampil mendedahkan penderitaan fizikal dan mental yang mereka alami namun masih ada individu yang tergamak menggesa kerajaan membenarkan Chin Peng pulang," katanya.
Chin Peng, tambahnya, tidak pernah mengakui kesalahan yang dilakukan dan walaupun suatu hari kelak beliau akan meminta maaf tetapi ia belum cukup untuk mengubati kelukaan mangsa-mangsa kekejaman PKM serta kaum keluarga.
"Pihak yang tergamak mengeluarkan kenyataan seperti Anwar sepatutnya memikirkan semula kedudukan mereka di tanah air," kata beliau.
Tol percuma pada 23-24 Disember 2024 sempena Krismas, kecuali di plaza tol
BSI dan Tanjung Kupang
-
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan
pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian)
sa...
23 hours ago
No comments:
Post a Comment