KUALA LUMPUR 14 Jun - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu sangat kecewa dengan tindakan Anwar yang sanggup menyakitkan hati rakyat di negara sendiri.
"Isu berkenaan amat sensitif dan begitu menyakitkan hati, ramai rakyat negara ini yang tidak boleh melupakan keganasan komunis.
"Pemuda UMNO menyelar tindakan Anwar ini. Kita perlu fikirkan kepentingan bersama, bukannya kepentingan diri sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelaksanaan Program Pemuda Masuk Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini hari ini.
Semalam, Anwar dalam kenyataannya memberitahu, permintaan itu dianggap perlu dibenarkan dengan alasan negara sudah berdamai dengan Kerajaan China sendiri.
Menurut Khairy, apa yang dipersoalkan pada masa ini bukan isu negara sudah berdamai dengan China tetapi keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng.
"Chin Peng tak bertaubat, dia masih berpegang kepada pegangan asalnya iaitu pegangan komunisme," tegasnya.
Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, kezaliman Chin Peng menyebabkan mereka yang berjuang menentangnya ketika itu sengsara seumur hidup dan saban hari cuba melupakan kejadian ngeri itu.
Sehubungan itu, beliau berkata, hasrat Anwar dan pihak lain untuk cuba memperjuangkan Chin Peng dibawa pulang hanya akan membuatkan luka rakyat negara ini berdarah kembali.
"Saya percaya yang menuntut supaya Chin Peng dibenarkan balik bukan majoriti rakyat Malaysia tetapi sebilangan kecil saja. Majoriti rakyat negara ini tak mahu Chin Peng balik," katanya.
Tambah beliau, sekiranya keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pengganas komunis dilihat kembali oleh semua pihak, sudah pasti isu begini tidak akan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pihak terutama pakatan pembangkang.
2026 Isuzu D-Max EV on display in Bangkok – 190 PS, 350 Nm, up to 263 km
WLTP; CKD; priced at RM192k
-
Here’s a live gallery of the new Isuzu D-Max EV that is currently on
display at the ongoing Bangkok International Motor Show (BIMS). The fully
electric p...
1 hour ago


No comments:
Post a Comment