Sunday, November 2, 2008

Comment on: Wad sakit puan hospital kerajaan kurang doktor wanita

KEKURANGAN doktor wanita di hospital dan klinik kerajaan begitu ketara, terutama di wad sakit puan. <--- Salah fakta. Dr Wanita begitu ramai skali berbanding dr perempuan

Adalah janggal apabila wanita Islam mengandung dan perlukan rawatan dirawat doktor lelaki. <-- Tidak janggal langsung dalam Islam. Malah ianya dibenarkan atas dasar perubatan itu sendiri.

Paling tidak selesa, malah mengaibkan ialah apabila terpaksa menanggal pakaian termasuk ketika pemeriksaan bahagian sulit. <---- Aib adalah satu lagi penggunaan bahasa yang salah. Ianya seolah2 memalukan perempuan tersebut dikhalayak ramai. Sedangkan perkhidmatan perubatan itu merupakan satu perkara yang PERSONAL. Tanggal pakaian aku rasa diorang tanggal kat bilik khas untuk tukar pakaian. Pemeriksaan bahagian sulit aku tak rasa tanggalkan pakaian. Lebih kepada SELAK.. Dan seharusnya, untuk merawat tak kira apa sekali pun sakit tersebut, EXPOSURE adalah penting dan merupakan asas kepada perubatan itu sendiri.

Ini sering berlaku dan menjadi rungutan umum bukan saja isteri tetapi suami yang prihatin dengan masalah yang dialami isteri. <--- Aku tak rasa itu rungutan umum.Ini slalunya rungutan kepada yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan dengan kerap ataupun beginner. Kalau anda ditanya dr manakah yang anda prefer, secara automatik mestilah anda kata perempuan. Tetapi kalau diteliti betol2, ramai menyatakan tidak kisah kerana mereka totally mempercayai doktor dan doktor mempunyai etika2 mereka. Contohnya, chaperon disediakan jika terdapat dr lelaki.Etika2 dr ini adalah selaras dengan Islam itu sendiri.

Sudah tiba masanya Kementerian Kesihatan meminta kebenaran daripada pesakit wanita atau suaminya jika mereka menjalani pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor lelaki. Dalam Islam, perkara seperti ini dianggap fardu Kifayah yang menjadi wajib bagi masyarakat Islam menyediakan kemudahan doktor wanita untuk merawat pesakit wanita yang memerlukan pemeriksaan fizikal, terutama di bahagian sulit. <---- dalam islam gak, adalah fardu kifayah untuk seseorang lelaki untuk menjadi pakar sakit puan dan fardhu kifayah adalah tidak wajib jika ada org telah melaksanakan.

Kalau sakit luaran yang tidak perlukan mendedahkan seluruh aurat wanita, itu tidak mengapa tetapi apabila mendedahkan aurat kepada bukan muhrim, walaupun atas dasar memberikan perkhidmatan merawat pesakit jika ia belum lagi dianggap darurat, ia dipertikaikan. Atas dasar perubatan dari segi ISLAM byk lagi yang asas Perubatan dari segi Islam yang anda perlu ketahui kerana jika diteliti, byk perkara yang boleh dipertikaikan dalam perubatan itu sendiri. Maka rujuklah pada Dr2 atau Ulama' di Jakim

Diharap hospital menyediakan doktor wanita bagi merawat wanita mengandung atau sakit puan agar tidak ada lagi masalah ketidakselesaan kepada pesakit itu sendiri. <---Hospital memang menyediakan doktor wanita. tak da hospital yang penuh dgn lelaki.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Seremban,
Negeri Sembilan.

Kata kawan batch lelaki aku: HOHOHO... pasni kalau aku da jadi dr, da tak dapat sambut baby lagi ke? Adoi.....Ntah papela...Kalau nak dr wanita yang betol2 muslim, ada byk choice, pi la private.. Ble mintak lagi.. Kalau kat kerajaan, memang tak la. Aku nak jadi pakar sakit puan gak.. Tak nak perkhidmatan aku, ble buat kat hospital len. Byk lagi nak merawat dgn aku. Hak pengguna hak anda. Anda ble pilih

Kepada pengguna lain yang berasa was2. Percayalah, sesiapa pun dr yang merawat anda tak kira wanita atau lelaki, Melayu atau non Malay, mereka terikat kepada ETIKA seorang dr. Saya tak rasa kredibiliti seorang dr boleh dipertikaian seperti seorang POLITICIAN. Mereka ini golongan yang PROFESSIONAL. bukan bodoh2 menjadi dr. Ilmu mereka ini jauh lebih matang dari anda. Hal2 begini merupakan perkara yang sgt kecil seolah2 macam 'tip of an ICEBERG'. Byk lagi perkara len yang perlu diberi penekanan.

Kenapa eekkk....kalau ada doktor pelatih dok tengok bahaya ke? Itukan salah satu teknik pembelajaran? Apakah pandangan kita semua....kalau2 suatu hari nanti....anak kita jadi doktor pelatih....nak praktikal.....tiba2...semua pesakit tolak untuk disertakan doktor2 pelatih dalam kes mereka? Masa tu...apakah perasaan kita....fikir2kanlah.

No comments:

Post a Comment