1. Pergantungan saya dan empat lagi ADUN BN Selangor sudah dijangka dari awal lagi. Inilah bentuk kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka perjuangkan selama ini.
2. Saya digantung setahun kerana mengkritik Selcat dan tidak hadir pendengaran tersebut. Saya tidak hadir kerana saya menganggap pendengaran tersebut hanya bertujuan politik semata-mata ia diadakan secara terbuka dan tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang memberi keterangan dalam sesi tersebut. Lebih daripada itu Selcat tidak mempunyai locus standi untuk mendengar isu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)yang tertakluk dalam akta ROS.
3. Telahan saya bahawa Selcat bertujuan politik memburukkan orang itu nyata benar kerana pendengaran tersebut bukan sahaja membabitkan isu Balkis malah juga meleret-leret kepada isu-isu lawatan kerja saya yang tiada kena mengena dengan Balkis. Malahan sebahagian keterangan tersebut bukan sahaja tidak benar malah beransur memfitnah. Lebih aneh keterangan-keterangan dalam Selcat dilindungi pula oleh imuniti.
4. Namun yang penting ialah pergantungan 4 orang lagi rakan ADUN BN kerana mengkritik Selcat dalam media menunjukkan belang sebenar Pakatan Rakyat. Tidak pernah dalam sejarah ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen digantung kerana mengkritik undang-undang atau Dewan. Jika ini dijadikan kes duluan maka ramailah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bakal digantung kerana mengkritik pelbagai undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen termasuk ISA.
5. Saya dan empat lagi rakan menghormati DUN Selangor dan juga Speaker dengan menghadiri "perbicaraan" Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berbanding speaker sekarang YB Teng yang langsung tidak menghadirinya ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang.
6. Untuk rekod YB Teng bukan digantung kerana mengkritik pentadbiran saya atau DUN Selangor tetapi digantung kerana membuang Peraturan DUN ke dalam tong sampah. Malah Sungguhpun tidak hadir, YB Teng diberi pilihan meminta meminta maaf atau digantung. Beliau memilih digantung.
7. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai apakah mereka benar-benar memperjuangkan kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka laung-laungkan.
8. Saya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika keputusan tersebut diluluskan dalam sidang DUN akan datang. Namun pertimbangan tersebut bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari segi suasana politik sekarang.
9. Ramai yang sudah penat membaca kes naik turun mahkamah membabitkan ahli politik. Mungkin tidak sesuai untuk satu lagi kes dibawa ke mahkamah. Apatah lagi bagi Pakatan Rakyat mereka hanya menerima keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka.
Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo
Note: www.drkhir.com
Tol percuma pada 23-24 Disember 2024 sempena Krismas, kecuali di plaza tol
BSI dan Tanjung Kupang
-
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan
pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian)
sa...
23 hours ago
No comments:
Post a Comment