Pada hari selasa 26hb. Mei 2009 ini akan diadakan satu demo "tunjuk perasaan" yang akan dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Dilaporkan bahawa tunjuk perasaan itu akan diadakan di Wisma DAP, Ipoh, Perak. Satu lagi "drama" Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia, khususnya di Perak. Nampaknya Pakatan Rakyat ber"iya-iya" benar kali ini. Tunjuk perasaan itu akan diketuai oleh Nizar, Sivakumar, Mga Kor Ming, Thomas Su, Khalil Idham dan Chan Ming Kai. Dipercayai, ramai lagi "kepala-kepala gangsters" atau "ketua-ketua kongsi gelap" yang akan turut serta. Tunjuk perasaan itu dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari.
Saya hairan bin Ajaib. Kenapa hanya 3 hari? Kenapa tidak mogok lapar sampai mati? Takut mati ke? Katanya pejuang tegar! Kenapa pula mogok itu hanya untuk 3 hari sahaja pula? Jika benarlah pejuang, berjuanglah sehingga ke titisan darah yang terakhir. Berjuanglah untuk lapar sehingga tidak bernyawa. Itu baru pejuang sebenarnya! Kalau setakat tidur atas jalan dan tunggu sehingga ada orang alihkan diri ke tepi jalan, baik tak payah! Buang tabiat namanya tu. Kalau benar-benar "anak jantan" tidurlah atas rel keretapi atau LRT! Baru tahu langit itu tinggi atau rendah!
Berapa kali hendak dinyatakan kepada Pakatan Rakyat? Kuasa untuk membubarkan mana-mana DUN adalah terletak ditangan DYMM Sultan. Hatta Perdana Menteri pun tiada kuasa untuk membubarkan DUN, apatah lagi MB Zambry. Mereka tidak faham bahasa Malaysiakah? Sudah bertahun-tahun tinggal di Malaysia pun masih tidak faham bahasa Malaysia? Mahukan status bumiputera, tapi bahasa Malaysia pun tak faham? Dan saya tidak fikir DYMM Sultan Perak akan membubarkan DUN Perak semata-mata untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat. Kononnya "demi rakyat" itu hanyalah retorik politik PR semata-mata dan DYMM Sultan Perak tidaklah akan termakan tipu daya mereka itu.
Banggang Bin Tolol PR !!!
Ferrari Amalfi Spider makes ASEAN debut in Kuala Lumpur – 640 PS/760 Nm V8
2+2 soft-top, over RM3 mil
-
Just over five months after its global reveal, the Ferrari Amalfi Spider
has made its way to Malaysia, with the premiere in Kuala Lumpur held by
Ital Aut...
8 hours ago


No comments:
Post a Comment