Saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' Seri Najib kerana membuat keputusan yang paling bijak dengan tidak mahu meletakkan calon di Penanti. Dari awal lagi saya telah menyokong supaya BN tidak meletakkan calon.
Tidak ada sebab bagi penyokong BN melenting dengan keputusan ini kerana Dato' Seri Najib sudah dapat menghidu taktik kotor pembangkang untuk mengukuhkan pengaruh mereka melalui pilihanraya kecil. Maklum sajalah, menjelang pilihanraya kecil, kawasan itu secara tiba-tiba akan menjadi terkenal dan mahsyur. Seluruh rakyat akan menumpukan perhatian mereka di sana dan mereka akan mengambil kesempatan ini untuk menyerapkan propaganda mereka ke dalam fikiran rakyat.
Banyak fitnah, tohmahan, herdikan kepada kerajaan akan diperhebatkan pada pilihanraya kecil. Jangan lupa, pembangkang juga sanggup mendoakan kemusnahan untuk sesama orang Islam menjelang pilihanraya kecil. Doa sebegitu tidak pernah sama sekali dilakukan oleh UMNO kepada seteru mereka.
Reaksi daripada penyokong tegar pembangkang dan pemimpin mereka juga telah dapat diduga. Mereka mengejek BN takut dan bacul untuk berlawan. Hakikinya, di dalam hati mereka terpalit rasa kecewa kerana Dato' Seri Najib telah menghentikan "pesta harapan" mereka kerana tidak meletakkan calon BN. Bagi pembangkang, pilihanraya kecil adalah ibarat perlawanan bola sepak. Siapa menang bersorak, siapa kalah dikutuk. Pendek kata, mereka anggap pilihanraya kecil ini sebagai satu hiburan. Oleh sebab itu, calon-calon mereka tidak teragak-agak untuk letak jawatan sesuka hati.
Oleh itu, amatlah wajar bagi kita untuk tidak melayan politik keji pembangkang ini. Mereka lain, kerja mereka hanya membangkang, menipu dan berpesta. Kita sebagai pemerintah mempunyai banyak kerja lain yang lebih penting untuk dilakukan. Baik UMNO menumpukan perhatian untuk memulihkan parti daripada turut sama terkinja-kinja di pilihanraya kecil.
Trump further raises tariffs on Chinese goods by 21% to 125% – over 75
countries get 10% for 90 days
-
Well, that didn’t take long. Mere hours after China announced it would
raise tariffs on good imported from the US from 34% to 84%, United States
presiden...
54 minutes ago
No comments:
Post a Comment